Wednesday, March 24, 2010

Unnecessary to be Biased!

Entri di bawah adalah sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.

Imej: Google

Lagi-lagi isu sama. Orang pun dah naik muak baca. Saya sendiri muak. Saya tahu anda blogger lama. Blog anda pun banyak trafik. Tapi bukan semua benda yang anda jadikan pos orang akan terlepas pandang. Anda komen pasal blog-blog yang penulisnya Melayu tapi semua entri menggunakan bahasa Inggeris. Anda tuduh mereka malu untuk berblog dalam bahasa sendiri? Anda cakap mereka tak sedar diri sebab tak pernah buat entri dalam bahasa Melayu?

Tapi kalau blog anda dalam bahasa Melayu tapi penuh bahasa pasar, bahasa gedik, anda ingat orang suka ke baca? Betul saya cakap, pembaca anda tidak akan faham dengan perkataan seperti "sajew jew, uols,ai". Dan tu belum termasuk lagi bahasa-bahasa jalanan!

Jadi 1 kesalahan ke berblog menggunakan bahasa yg bukan bahasa kita sendiri? Bila cakap English, anda cakap orang itu sombong, lupa diri dan macam-macam ayat yang saya rasa tak patut keluar dari blogger lama seperti anda. Saya selesa berblog dalam English. Lagi pun sepanjang saya berblog tak pernah pula saya guna "broken English".

Saya tahu anda tidak tujukan entri anda itu kepada saya. Tapi saya juga antara blogger2 Melayu yang tulis setiap entri dalam English. Memang, saya tak pernah tulis dalam Melayu tapi anda tak boleh kata saya malu dengan bahasa sendiri! Tidak ada sebab kenapa saya perlu malu. Semua orang ade "their own preferences" termasuklah saya.

Ada juga yang komen di entri anda itu, komuniti blogger anda yang konon-konon "hot stuff" adalah platform untuk para blogger Melayu. Tapi tak tahu pula saya maksudnye blogger Melayu yang menggunakan Bahasa Melayu dalam blog. Tak apelah, saya takkan masuk dah ke komuniti macam awak semua. Kepada yang mengajak saya masuk, terima kasih sahaja lah!

Sikap pilih-pilih anda tu betul-betul menunjukkan sikap tak matang. Ceteknya tahap pemikiran orang yang dianggap hebat dalam dunia blogging. Tapi apa boleh buat mulut orang tak boleh nak tutup. Saya tidak akan 'link' kan entri anda itu. Saya tak lah sejahat itu untuk menjatuhkan air muka orang lain. Tapi, siapa makan cili dia terasa pedas.

Maaf, tajuk sahaja dalam English.

15 comments :

Lan Bingka said...

tak kisah entri dalam bahasa apa pun, yg penting tak merosakkan bahasa dan merojakkan bahasa...bleh sakit jiwa tau..:)

Aiza Aidid said...

tula pasal.. that's what I'm trying to say ;)

Ni Ida classmate awk. hehe said...

siapa yang rase bengong sgt english dia, tak payah nak kecoh sgt org tulis entry english ke, melayu ke.

yang dia pergi baca jugak entri entri awk tu kenapa kalau x suka.
haih ade je blogger parasit mcm ni.

sepatutnya komuniti blog tu tukar tajuk "komuniti parasit bahasa melayu". baru sesuai. kita dah menyampah nak berblog, sebab org2 annoying mcm ni.

sorry teremo. hahahhaa...

Aiza Aidid said...

saba2.. ahahaha =)
tula susa org jns2 cmni..
nmpk sgt melayu tu cmne..
dengki memanjang je..
pe nk jadi ntah..haish

Ery Farieha said...

alaaaa i sll je jd ur silent reader
bagus ape tls dlm bi.
dorg ni mmg xde keje nak crik slh org.huhuhu

Aiza Aidid said...

hehehe.. thanx =D
tula psl.. rse dorg dah xde topik kot nk wat entry.. wat la entry2 cm *tut*..

muahahaaha =D

Sakira said...

Hey, I seriously rasa orang boleh freely post their entries ikot suka dorang. Because they are selesa in that language.

Tak semestinya Malays kena blog dalam Malay and Chinese kena blog dalam Chinese kan ? Take me for instance, Indian Muslim - I tak post dalam tamil. Haha !

Lan Bingka : Alamak. Saya selalu merojakkan bahasa. Sebab I selesa that way. Sorry.

Aiza Aidid said...

sakira: yes!! totally agree with u.
that's what i'm trying to say.
tapi susa lah bile ade org2 jns cmni.. haish

=)

Sakira said...

There's a few bloggers I've seen bringing down Malaysian, especially Malays who write entries in English. And there was one particular blogger 'otai' who said the same thing too. Don't wanna link it also ;)

I don't find the reason why exactly they have something against English. It's not like you're ikuting budaya barat or something. You know what I mean ?

Aiza Aidid said...

tula kan.. i like to say this quote
'speaking english doesn't make u less malay and more org puteh'

seriously, i pon xtaw pe niat dorg.. but clearly cm dengki pon ade.. tapi org kan, mcm2 la perangai. what can we do kan? =)

missy liyana said...

babe, kte tulis dlm english jgk.
dat doesnt make me any less malay pon! language is jz a medium rite?
biarlah mereka2 dgn pilihan mereka. janji kte xkaco dorg kn.. hehe
peace no war~

Aiza Aidid said...

mmg la yana..haha =D
that quote for those org2 yg sbk2 sgt psl bhs gune 4 blogging ni..
xtaw nape tah nk kecoh2 kan.. relax sudah..haha

Lan Bingka said...

sakira: cuba la kurangkan bahasa rojak tu..makan rojak takpe..:)

.::WaNiE::. said...

i read both :) and i actually like to read malay blog written in english cause they are too few of them..

sebab saya tak berapa pandai. jadi saya belajar berbahasa inggeris mcm tu lah :D

Aiza Aidid said...

hehehe.. tula kan.. xde sebab pn sbnrnye nk kecoh psl bhs ni.. and even I write in english.. fav blog sye still yg tls melayu =D